Posts

Showing posts from September, 2019

GOOD BYE MELAKA..GENTING ON..

Image
22 Ogos 2019 Seawal pagi kumpulan kami breakfast dihotel sebelum berangkat pulang. setelah 5 hari 4 malam di negeri Melaka, sudah tiba masanya untuk pulang. Seronok di negeri orang mengenal makanannya, bahasanya serta masyarakat melaka yang suka berpantun. Terima kasih Melaka semoga boleh datang lagi..Inshaallah.. Dari melaka, Perjalanan saya terus ke Genting Highland bagi persiapan untuk kem Pemantapan Ibadah dan TWC. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Ini kali pertama saya menjejaki Genting Highland.. selalu lalu persimpangan sahaja dan hari ini saya memandu sendiri sehingga sampai puncak Genting Highland. Kem Pemantapan Ibadah dan TWC akan diadakan pada 23-25 Ogos 2019. Selaku jawatankuasa, saya dan yang lain perlu hadir bagi meninjau kawasan dan keperluan kem. Pada sesi petang, kami ke puncak Sky Avenue untuk memastikan keperluan aktiviti bagi aktiviti TWC. Untuk kali pertama memang saya cukup teruja de

SESI MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH

Image
21 OGOS 2019 Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di perkarangan Kampus Induk UTEM bagi menghadiri sesi Makan Malam dan penyampaian hadiah. Khemah sudah tersedia rapi untuk menjemput kami pada malam ini.. Debaran juga sudah terasa untuk menunggu pengunguman dari panel juri. Tiba masanya selesai makan, kami dihidangkan dengan live band daripada UTEM BAND dan seterusnya pengunguman dan penyampaian hadiah. Kumpulan kami diwakili seramai 10 orang ahli dan seorang fasilitator daripada kategori pengurusan diberi pengiktirafan perak manakala wakil kategori teknikal juga diberi pengiktirafan yang sama. Untuk malam yang bersejarah ini, dan beberapa bulan persediaan, kami dapat menimba sesuatu pengalaman yang berharga untuk diri sendiri dan kumpulan. Pengalaman yang banyak mengajar untuk bersedia, bersatu, mengawal emosi serta tekanan dan teamworking juga. Terima kasih KIK.. Selesai majlis, kumpulan kami berangkat pulang ke hotel untuk rehatkan badan bagi persiapan pulang

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

Image
21 Ogos 2019 Hari ini adalah hari penentuannya..Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar. Di pagi hari seperti biasa dimulakan dengan sarapan di hotel dan pada jam 9.00 pagi kumpulan kami terus bergegas ke UTEM. Pada jam 12.00 tenghari Kumpulan Smart Circle akan membuat persembahan dengan anggaran masa selama 30 minit. Pemakaian kami pada hari ini dengan rona hitam dan pink bagi menaikkan aura menarik. Tepat jam 12tengahari, setelah kumpulan dari UITM selesai dengan sesi soal jawabnya bersama pihak juri, Kumpulan Smart Circle sudah bersedia untuk beraksi dipentas akhir. Kumpulan Smart Circle mewakili Universiti Malaysia Pahang dalam kategori pengurusan dengan tajuk- penambahbaikan dalam kesukaran mengawal harga perolehan bagi pembelian kertas A4 disetiap PTJ. Selesai sesi soal jawab, lebih kurang jam 12.30 tengahari kumpulan Smart Circle tamat membuat persembahan. Semua ahli berasa lega dan sudah membuat persembahan yang cukup baik. Waktu makan tengahari pun su

EPISOD MELAKA 20 OGOS 2019

Image
20 Ogos 2019 Sebelum ke UTEM, hari kami dimulakan dengan sarapan di Bayview Hotel, dan hari ini adalah hari pertama Konvensyen KIK Universiti Awam. Perjalanan ke UTEM mengambil masa lebih kurang 25 minit ke Kampus Kejuruteraan, UTEM. Sesi pagi kami dapat menyaksikan persembahan kategori pengurusan yang menjadi pencabar kami.Kumpulan Smart Circle berpeluang untuk melihat persembahan dari Universiti-universiti lain kerana giliran Kumpulan kami pada hari rabu jam 12.00 tengahari. Melihat persembahan demi persembahan ternyata sedikit sebanyak memberi debaran untuk kami pada keesokan harinya. Pada jam 2.00 petang kami bersedia melihat persembahan dari kumpulan Positive yang mewakili UMP daripada kategori pengurusan.Kelancaran dan perjalanan persembahan agak baik dan kami memberikan tepukan semangat kepada kumpulan Positive. Komen daripada pihak juri dapat dijawab mudah oleh Kumpulan Positive. Selesai melihat persembahan kategori teknikal, kami ke destinasi makan malam di Alai untuk

EPISOD MELAKA 19-22 OGOS 2019

Image
19 Ogos 2019 Hari isnin yang dimulakan dengan sarapan pagi di Bayview hotel. Selepas sarapan perjalanan terus ke UTEM bagi sesi pendaftaran kumpulan dan seterusnya perasmian KIK UA kali ke15. Sesi petang diteruskan dengan latihan pentas setiap kumpulan selama 15minit. Latihan pentas diperlukan bagi sesi menyesuaikan diri semasa sesi pembentangan. Mengikut jadual, persembahan kumpulan kami berlangsung pada hari rabu sesi pagi jam 12.00 tengahari.  Debaran sudah dirasai oleh setiap ahli Smart Circle yang diketuai oleh En Faizal bin Husin dan fasilitator Puan Suhana bt Mat Noor. Sedikit latihan diluar dewan bagi memberikan sedikit kekuatan bagi persediaan pada hari pertandingan. Selesai latihan, trip diteruskan untuk sesi minum petang ke Alor Gajah untuk merasai Cucur Udang Baha. Selesai minum petang, destinasi seterusnya mencari Klebang Coconut Shake.. Apabila tekak sudah basah dengan kesedapan coconut shake di Klebang, maka trip kami pulang ke Bayview Hotel

SEMESTER BARU

Image
17 Ogos 2019 Short sem bermula... Setelah dua minggu tidak menjejaki bumi selangor...Semangat dari bumi pahang tetap berkobar-kobar untuk datang kelas pagi ini...Trip kali ini memang paling mencabar..satu perjalanan tetapi tiga destinasi yang berbeza..UKM destinasi pertama, Melaka destinasi kedua dan Genting Highland destinasi ketiga..jadual memang sangat-sangat padat.. Bulan ogos jugalah diriku diuji dengan banyak halangan, workload kerja dipejabat, disamping menanggung tugas rakan satu bahagian yang cuti bersalin serta persediaan kumpulan kami dalam menghadapi tugasan KIK wakil Universiti. Latihan demi latihan dilalui untuk persediaan menghadapi konvensyen yang bakal berlangsung, namun rutin hujung minggu perlu dipenuhi demi memenuhi sebagai seorang yang bergelar pelajar. 18 Ogos 2019 Selesai kelas, perjalanan ke destinasi kedua menuju ke Melaka Bandaraya bersejarah. Perjalanan solo dari Bangi menuju ke Bayview Hotel untuk penginapan 4 malam. Sudah sampai dibumi