EPISOD MELAKA 19-22 OGOS 2019

19 Ogos 2019

Hari isnin yang dimulakan dengan sarapan pagi di Bayview hotel. Selepas sarapan perjalanan terus ke UTEM bagi sesi pendaftaran kumpulan dan seterusnya perasmian KIK UA kali ke15.

Sesi petang diteruskan dengan latihan pentas setiap kumpulan selama 15minit. Latihan pentas diperlukan bagi sesi menyesuaikan diri semasa sesi pembentangan. Mengikut jadual, persembahan kumpulan kami berlangsung pada hari rabu sesi pagi jam 12.00 tengahari. 
Debaran sudah dirasai oleh setiap ahli Smart Circle yang diketuai oleh En Faizal bin Husin dan fasilitator Puan Suhana bt Mat Noor. Sedikit latihan diluar dewan bagi memberikan sedikit kekuatan bagi persediaan pada hari pertandingan.
Selesai latihan, trip diteruskan untuk sesi minum petang ke Alor Gajah untuk merasai Cucur Udang Baha.

Selesai minum petang, destinasi seterusnya mencari Klebang Coconut Shake..

Apabila tekak sudah basah dengan kesedapan coconut shake di Klebang, maka trip kami pulang ke Bayview Hotel untuk rehat dan persediaan bagi latihan sesi malam.

bersmbung...

Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG