SESI MAKAN MALAM DAN PENYAMPAIAN HADIAH

21 OGOS 2019

Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di perkarangan Kampus Induk UTEM bagi menghadiri sesi Makan Malam dan penyampaian hadiah.


Khemah sudah tersedia rapi untuk menjemput kami pada malam ini.. Debaran juga sudah terasa untuk menunggu pengunguman dari panel juri.


Tiba masanya selesai makan, kami dihidangkan dengan live band daripada UTEM BAND dan seterusnya pengunguman dan penyampaian hadiah. Kumpulan kami diwakili seramai 10 orang ahli dan seorang fasilitator daripada kategori pengurusan diberi pengiktirafan perak manakala wakil kategori teknikal juga diberi pengiktirafan yang sama.

Untuk malam yang bersejarah ini, dan beberapa bulan persediaan, kami dapat menimba sesuatu pengalaman yang berharga untuk diri sendiri dan kumpulan. Pengalaman yang banyak mengajar untuk bersedia, bersatu, mengawal emosi serta tekanan dan teamworking juga.

Terima kasih KIK..

Selesai majlis, kumpulan kami berangkat pulang ke hotel untuk rehatkan badan bagi persiapan pulang esok dan bersedia menghadiri Kem Pemantapan Ibadah & TWC di Genting Highland pula..

bersambung...



Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG