GOOD BYE MELAKA..GENTING ON..

22 Ogos 2019

Seawal pagi kumpulan kami breakfast dihotel sebelum berangkat pulang. setelah 5 hari 4 malam di negeri Melaka, sudah tiba masanya untuk pulang. Seronok di negeri orang mengenal makanannya, bahasanya serta masyarakat melaka yang suka berpantun. Terima kasih Melaka semoga boleh datang lagi..Inshaallah..


Dari melaka, Perjalanan saya terus ke Genting Highland bagi persiapan untuk kem Pemantapan Ibadah dan TWC. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam untuk sampai ke Hotel Seri Malaysia, Genting Highland. Ini kali pertama saya menjejaki Genting Highland.. selalu lalu persimpangan sahaja dan hari ini saya memandu sendiri sehingga sampai puncak Genting Highland.

Kem Pemantapan Ibadah dan TWC akan diadakan pada 23-25 Ogos 2019. Selaku jawatankuasa, saya dan yang lain perlu hadir bagi meninjau kawasan dan keperluan kem. Pada sesi petang, kami ke puncak Sky Avenue untuk memastikan keperluan aktiviti bagi aktiviti TWC.


Untuk kali pertama memang saya cukup teruja dengan aktiviti mainan disini. untuk melihat memang tiada masalah, tetapi untuk mencuba saya bimbang tahap kesihatan saya yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi pada usia muda, dan pernah strok sebelah badan dimasa usia 23 tahun. Oleh itu, tengok sahaja lah..

Pada sesi malam pula, sempat ada sedikit masa, kami ke GPO untuk mencuci mata. Kalau dah namanya perempuan tidak membeli memang tidak sah. Sempatlah saya sambar juga sepasang kasut Valentino Rudy berwarna baby blue. Pilih punya pilih sehingga jam 10 malam kami berada di situ.
Sesudah membeli, kami pulang ke hotel untuk rehat dan tidur bagi menghadapi hari pendaftaran kem esok pula.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG