DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

21 Ogos 2019

Hari ini adalah hari penentuannya..Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar.

Di pagi hari seperti biasa dimulakan dengan sarapan di hotel dan pada jam 9.00 pagi kumpulan kami terus bergegas ke UTEM. Pada jam 12.00 tenghari Kumpulan Smart Circle akan membuat persembahan dengan anggaran masa selama 30 minit. Pemakaian kami pada hari ini dengan rona hitam dan pink bagi menaikkan aura menarik.

Tepat jam 12tengahari, setelah kumpulan dari UITM selesai dengan sesi soal jawabnya bersama pihak juri, Kumpulan Smart Circle sudah bersedia untuk beraksi dipentas akhir. Kumpulan Smart Circle mewakili Universiti Malaysia Pahang dalam kategori pengurusan dengan tajuk- penambahbaikan dalam kesukaran mengawal harga perolehan bagi pembelian kertas A4 disetiap PTJ.






Selesai sesi soal jawab, lebih kurang jam 12.30 tengahari kumpulan Smart Circle tamat membuat persembahan. Semua ahli berasa lega dan sudah membuat persembahan yang cukup baik. Waktu makan tengahari pun sudah tiba dan semua sudah berasa lapar sejurus membuat persembahan.

Aktiviti petang pula, kumpulan Smart Circle bersiar-siar dibandar Melaka bagi membeli sedikit buah tangan untuk dibawa balik ke Pahang.

Setiba tiba dihotel, aktiviti malam diteruskan untuk Majlis Makan Malam dan sesi penyampaian hadiah

bersambung...

Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

MASA UNTUK PULANG