EPISOD MELAKA 20 OGOS 2019

20 Ogos 2019

Sebelum ke UTEM, hari kami dimulakan dengan sarapan di Bayview Hotel, dan hari ini adalah hari pertama Konvensyen KIK Universiti Awam. Perjalanan ke UTEM mengambil masa lebih kurang 25 minit ke Kampus Kejuruteraan, UTEM.

Sesi pagi kami dapat menyaksikan persembahan kategori pengurusan yang menjadi pencabar kami.Kumpulan Smart Circle berpeluang untuk melihat persembahan dari Universiti-universiti lain kerana giliran Kumpulan kami pada hari rabu jam 12.00 tengahari. Melihat persembahan demi persembahan ternyata sedikit sebanyak memberi debaran untuk kami pada keesokan harinya.

Pada jam 2.00 petang kami bersedia melihat persembahan dari kumpulan Positive yang mewakili UMP daripada kategori pengurusan.Kelancaran dan perjalanan persembahan agak baik dan kami memberikan tepukan semangat kepada kumpulan Positive. Komen daripada pihak juri dapat dijawab mudah oleh Kumpulan Positive.

Selesai melihat persembahan kategori teknikal, kami ke destinasi makan malam di Alai untuk menikmati keenakan ikan bakar. Sebelum sampai ke destinasi dituju, sempat menyinggah untuk membeli dodol viral yang pernah memasuki rancangan TV Majalah Tiga.

Perjalanan diteruskan ke Alai Ikan Bakar untuk menikmati hidangan makan malam kami pada hari ini.





Ikan bakar cicah sambal kicap, siakap tiga rasa, asam pedas ikan pari memang menambat hati kami. Selesai makan malam, kami terus balik ke hotel untuk membuat persiapan menjelang pertandingan esoknya.

Sesi malam diteruskan dengan latihan di lobi dan di bilik rehat.



Selesai latihan, sesi rehat dan tidur untuk hari pertandingan esok pula.

bersambung..

Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG