SEMESTER BARU

17 Ogos 2019

Short sem bermula...

Setelah dua minggu tidak menjejaki bumi selangor...Semangat dari bumi pahang tetap berkobar-kobar untuk datang kelas pagi ini...Trip kali ini memang paling mencabar..satu perjalanan tetapi tiga destinasi yang berbeza..UKM destinasi pertama, Melaka destinasi kedua dan Genting Highland destinasi ketiga..jadual memang sangat-sangat padat..

Bulan ogos jugalah diriku diuji dengan banyak halangan, workload kerja dipejabat, disamping menanggung tugas rakan satu bahagian yang cuti bersalin serta persediaan kumpulan kami dalam menghadapi tugasan KIK wakil Universiti. Latihan demi latihan dilalui untuk persediaan menghadapi konvensyen yang bakal berlangsung, namun rutin hujung minggu perlu dipenuhi demi memenuhi sebagai seorang yang bergelar pelajar.

18 Ogos 2019

Selesai kelas, perjalanan ke destinasi kedua menuju ke Melaka Bandaraya bersejarah. Perjalanan solo dari Bangi menuju ke Bayview Hotel untuk penginapan 4 malam.


Sudah sampai dibumi Melaka..alangkah indahnya sampai di negeri orang melihat keistimewaannya yang tersendiri.. Mental dan fizikal perlu bersedia untuk hari esok untuk menghadapi cabaran dan menimba pengalaman kali pertama bersama rakan-rakan untuk Konvensyen KIK Universiti Awam mewakili Universiti Malaysia Pahang dalam kategori pengurusan.

Rehatlah diri dulu dari segala penat lelah perjalanan. 

bersambung...




Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG