Posts

RIADAH SEPETANG DI PANTAI SEPAT

Image
Sepetang riadah bersama keluarga hari ini. Kebiasaannya melihat status kawan-kawan memuatnaik gambar di Pantai Sepat. So hari ini tanpa berfikir panjang dan tanpa perancangan rapi terus sahaja kami sekeluarga ke Pantai Sepat untuk mini picnic dan mandi pantai. Seperti biasalah, tugas sebagai ibu untuk mengemas baju anak dan keperluan makanan ringan. Perjalanan dari rumah ke Pantai Sepat mengambil masa lebih kurang 30 minit dan kami sampai di Pantai Sepat pada jam 5.30 petang. Pada waktu ini, sudah ramai orang dan banyak kelihatan kereta sudah parkir dan masing-masing membentang tikar untuk berkelah. Sesampainya di sana, terus membuat persiapan menukar baju anak dan keperluan makanan. Saya hanya meneman mereka di gigi-gigi air sahaja kerana tidak berniat untuk mandi. Hanya meneman dan mengambil gambar mereka. Jelas terpancar riang diwajah mereka bermain pantai. Jarang-jarang sekali mereka membuat aktiviti pantai sebegini makanya selepas ini memang wajarlah mereka menikmat

HIKING BUKIT PELINDUNG

Image
Selamat pagi ahad... Jarang berada di Kuantan pada hujung minggu kerana kebiasaannya berada di UKM setiap minggu untuk menghadiri kuliah. Disebabkan hari ahad kelas dibatalkan, makanya hajat pulang untuk pulang ke Kuantan pada hari sabtu sejurus kelas tamat, dan dapatlah membuat perancangan bagi rutin yang sudah lama ditinggalkan iaitu hiking bukit pelindung. Perancangan minit terakhir dirancang bersama kak Iza yang secara kebiasaannya mendaki bukit bersama beliau. Pada jam 7.30 pagi kami sampai dikaki bukit pelindung yang mana kesukaran pagi ini adalah untuk mencari parkir kereta. Pusing punya pusing berusaha untuk mendapatkan parkir yang paling selamat dan yang paling dekat dengan kaki bukit. Pendakian bermula jam 7.45 pagi bersama rakan pejabat seramai 4 orang dan pendakian mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke puncak. Jika sudah biasa mendaki, masa mendaki boleh mencecah dalam 40 minit sahaja. Jarak kaki bukit ke puncak lebih kurang 2.5 kilometer d

MAKAN2 KIK TEAM

Image
27 Ogos 2019 Hari ini seperti dalam rancangan kumpulan KIK untuk membuat post mortem sepanjang konvensyen dan latihan yang kami lakukan serta tujuan utam potluck la kan apa lagi. Tujuan utama potluck untuk menghargai ketua kumpulan kami iaitu Faizal yang dari awalnya bertungkus lumus menyediakan dan sebagai ketua yang hebat membentuk kumpulan KIK kami sehinggalah sampainya kami ke tahap mewakili peringkat Universiti. Dalam rancangan awalnya, potluck akan diadakan pada jam 12.00 tengahari. Menu-menu disediakan awal disusunatur dengan baik seperti yang dirancang. Antara menu- menu istimewa potluck kami..stay tune.. Inilah team KIK kami, kumpulan Smart Circle sebelum makan..Masih boleh tersenyum. Sesi makan dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Faizal Husin selaku ketua kumpulan dan seterusnya sesi makan sehingga kenyang sambil sembang- sembang KIK dan throwback kisah pahit manis, masam, tawar semua ada. Sesudah makan, semua beransur untuk menymbung melaks

KEMBALI KE RUTIN ASAL

Image
 26 Ogos 2019 Hari isnin yang membuatkan aku cukup bersedia.. Seminggu meninggalkan pejabat, dan hari ini kembali ke pejabat dengan keadaan yang tenang sambil mengambil nafas kerja semula. Macam biasa jam 8.00 pagi sudah sampai dipejabat. Sudah difikirkan dan bersedia bagaimana untuk menyusun waktu dan strategi agar tenang hari ini. Seminggu ketiadaanku dipejabat kerana terlibat dengan Konvensyen KIK Universiti Awam dan terus disambung dengan Kem Pemantapan Ibadah secara tidak langsung masih terngiang-ngiang cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lalu. Bak kata pepatah hipster sekarang, cannot move on la kan..haha Ok diteruskan dengan rutin harian seperti biasa dan masih lagi tempoh menanggung rakan sekerja yang masih dalam tempoh bersalin. Seperti biasa masa berlalu dan sampai la tiba waktu makan tengahari. Sudah merindui masakan di Pahang setelah hampir seminggu dinegeri orang katakan, maka tempah sahajalah di dapur mek kelate yang menyediakan masakan panas. Makanan

MASA UNTUK PULANG

Image
25 Ogos 2019 Hari terakhir di Genting Highland hari ini. Seperti biasa, subuh berjemaah dan tazkirah subuh diimamkan oleh PU mizi. Sesi tazkirah berakhir jam 7.00 pagi dan para peserta terus menikmati sarapan pagi sebelum bermulanya sesi terakhir iaitu sesi ceramah daripada PU mizi. Sesi ceramah bertajuk bicara hati bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. PU mizi mengupas tajuk dengan caranya tersendiri diselitkan dengan unsur2 lawak jenaka daripadanya. Sesi 2 jam penuh dengan isi dan pesanan dari PU mizi. Banyak yang di pesan dari beliau mengenai tanggungjawab dan amanah dari Allah. Sempat saya menyalin beberapa pesanan daripada beliau. Antaranya tanda hati mati : 1) Berani meninggalkan solat 2) Sentiasa tenang walaupun berbuat dosa 3) Jauh dari Al-Quran 4) Hadis ditinggalkan 5) Mencari salah orang dan buruk sangka 6) Tidak suka mendengat nasihat 7) Tidak takut mati dan azab kubur. Pengisian yang cukup bermanfaat daripada beliau. Penyampaianny

KEM PEMANTAPAN IBADAH & TWC

Image
Part 3 24 Ogos 2019 Sesi petang iaitu indoor games.. Sesi petang hanyalah permainan ringan yang hanya dilakukan dalam dewan yang dikendalikan oleh konsultan. Antara objektif permainan indoor games ini adalah bertujuan untuk kerja berpasukan dan komunikasi. Sesi petang berakhir jam 4.30 petang. Masa petang yang terluang sementara menunggu sesi malam kami mengisi masa ke GPO mencuci mata. Suasana petang di GPO mendung-mendung kegelapan dan hujan renyai-renyai. Oleh kerana masa yang agak terhad tangkapan cuci mata pada petang di GPO tidak membuahkan hasil kerana masa dihabiskan dengan meneman rakan memilih jam tangan. Masa petang di GPO kami berakhir pada jam 6.30 petang dan perlu pulang ke hotel untuk bersedia untuk sesi penyampaian hadiah kumpulan pada malam ini. Jam 8.00 malam sesi penutupan dan penyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada En Zainudin Bin Othman selaku Ketua Pegawai Kewangan/Bemdahari UMP. Dan penyampaian hadiah bagi sesi kumpulan yang berj

KEM PEMNTAPAN IBADAH & TWC

Image
Part 2 24 Ogos 2019 Pada awal pagi, di stesen kereta kabel masih lengang membolehkan kami bergerak dan perjalanan masuk ke stesen agak lancar. Saya memilih untuk merasa gondola kaca untuk ke Sky Avenue. Dalam kereta kabel, sempat kami merakamkan suasana dalam gondola kaca yang menampakkan jalan raya dan sekitarnya. Jelas kami lihat, aktiviti memotong rumput dilereng bukit dan curam kawasan Genting Highland dilakukan secara manual dengan pekerjanya melalui denai-denai laluan yang dibina tangga bagi urusan memotong rumput. Gondola terus bergerak ke Sky Avenue dan kami melaksanakan task yang diberikan. Kumpulan kami diwakili 10 orang ahli dinamakan Fort Ranger Team..Sempat kami bergambar di untuk kumpulan sebelum berpecah melaksanakan task untuk menjimatkan masa yang mengambil masa 3jam dan dijangka akan berakhir pada jam 1 petang. Task pertama kami setelah berpecah antara kumpulan, 5 orang ahli antara kumpulan kami menyelesaikan tugasan yang memerlukan kami be