KEM PEMANTAPAN IBADAH & TWC

Part 3

24 Ogos 2019

Sesi petang iaitu indoor games.. Sesi petang hanyalah permainan ringan yang hanya dilakukan dalam dewan yang dikendalikan oleh konsultan. Antara objektif permainan indoor games ini adalah bertujuan untuk kerja berpasukan dan komunikasi. Sesi petang berakhir jam 4.30 petang. Masa petang yang terluang sementara menunggu sesi malam kami mengisi masa ke GPO mencuci mata. Suasana petang di GPO mendung-mendung kegelapan dan hujan renyai-renyai. Oleh kerana masa yang agak terhad tangkapan cuci mata pada petang di GPO tidak membuahkan hasil kerana masa dihabiskan dengan meneman rakan memilih jam tangan. Masa petang di GPO kami berakhir pada jam 6.30 petang dan perlu pulang ke hotel untuk bersedia untuk sesi penyampaian hadiah kumpulan pada malam ini.

Jam 8.00 malam sesi penutupan dan penyampaian hadiah dimulakan dengan ucapan kata-kata aluan daripada En Zainudin Bin Othman selaku Ketua Pegawai Kewangan/Bemdahari UMP. Dan penyampaian hadiah bagi sesi kumpulan yang berjaya dengan markah tertinggi diumumkan. Debaran kian terasa, kumpulan kami Fort Rangers memenangi johan antara kumpulan yang berjaya mengumpul markah tertinggi menewaskan kumpulan naib johan hanyalah 2 mata.



Sesi penyampaian hadiah berlangsung dan seterusnya sesi bergambar dan seterusnya acara makan malam dan bbq di Kafe hotel.

Selesai semua acara, aktiviti bebas dan rehat. Aktiviti pada hari esok adalah solat subuh berjemaah dan forum daripada Pencetus Ummah Mizi.

Saya memilih untuk mengemas baju untuk pulang lebih awal dan tidur awal memandangkan badan yang perlukan sedikit rehat dan perlu kekuatan untuk memandu pulang ke kuantan keesokan harinya.

bersambung..



Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG