RIADAH SEPETANG DI PANTAI SEPAT

Sepetang riadah bersama keluarga hari ini.

Kebiasaannya melihat status kawan-kawan memuatnaik gambar di Pantai Sepat. So hari ini tanpa berfikir panjang dan tanpa perancangan rapi terus sahaja kami sekeluarga ke Pantai Sepat untuk mini picnic dan mandi pantai. Seperti biasalah, tugas sebagai ibu untuk mengemas baju anak dan keperluan makanan ringan.

Perjalanan dari rumah ke Pantai Sepat mengambil masa lebih kurang 30 minit dan kami sampai di Pantai Sepat pada jam 5.30 petang. Pada waktu ini, sudah ramai orang dan banyak kelihatan kereta sudah parkir dan masing-masing membentang tikar untuk berkelah. Sesampainya di sana, terus membuat persiapan menukar baju anak dan keperluan makanan.





Saya hanya meneman mereka di gigi-gigi air sahaja kerana tidak berniat untuk mandi. Hanya meneman dan mengambil gambar mereka. Jelas terpancar riang diwajah mereka bermain pantai. Jarang-jarang sekali mereka membuat aktiviti pantai sebegini makanya selepas ini memang wajarlah mereka menikmati keindahan sang pencipta.

Sikakak dan si adik mengambil peluang untuk membina istana pasir di atas pasir yang basah. Setelah puas bermain pasir, mereka kembali ke dalam air untuk sambung mandi. Nama pun budak suruh naik ke atas memang tak nak la kan. Puas juga pujuk untuk meraka naik ke atas kerana masing-masing sudah kecut dan sejuk. Pujukan berjaya untuk bawa meraka naik dan bersiap untuk menyalin pakaian meraka dan masing-masing sudah kelaparan setelah puas berada dalam air.




Sambil santai-santai makan, kelihatan keaddan sekeliling sudah gelap. Gelap hendak malam dan bercampur keadaan hendak hujan. Kami bersiap-siap untuk pulang dan sambil itulah hujan turn dengan lebatnya. Bergegas kami untuk masuk kedalam kereta dan menggulung hamparan tikar tadi. Sempat juga terkena tempias-tempias air hujan. Kami pun bersiap sedia untuk pulang kerana hari sudah malam. Inshaallah akan dirancang untuk datang pada waktu pagi pula untuk merasa lama dipantai. Mungkin boleh masak-masak untuk makan tengahari pula.

Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG