KEM PEMNTAPAN IBADAH & TWC

Part 2

24 Ogos 2019

Pada awal pagi, di stesen kereta kabel masih lengang membolehkan kami bergerak dan perjalanan masuk ke stesen agak lancar. Saya memilih untuk merasa gondola kaca untuk ke Sky Avenue. Dalam kereta kabel, sempat kami merakamkan suasana dalam gondola kaca yang menampakkan jalan raya dan sekitarnya. Jelas kami lihat, aktiviti memotong rumput dilereng bukit dan curam kawasan Genting Highland dilakukan secara manual dengan pekerjanya melalui denai-denai laluan yang dibina tangga bagi urusan memotong rumput. Gondola terus bergerak ke Sky Avenue dan kami melaksanakan task yang diberikan.





Kumpulan kami diwakili 10 orang ahli dinamakan Fort Ranger Team..Sempat kami bergambar di untuk kumpulan sebelum berpecah melaksanakan task untuk menjimatkan masa yang mengambil masa 3jam dan dijangka akan berakhir pada jam 1 petang.





Task pertama kami setelah berpecah antara kumpulan, 5 orang ahli antara kumpulan kami menyelesaikan tugasan yang memerlukan kami bermain permainan di skytropolis untuk mendapat markah bonus. Saya selaku merakam dan mengambil gambar bagi mendapatkan bukti untuk ditunjukkan kepada juri bagi mengumpul markah.

Melihat keberanian ahli kumpulan, saya merasa bangga melihat kesungguhan mereka untuk memberanikan diri mencuba permainan yang membuatkan jantung saya turut berdegup kencang.

Selesai task di Sky Avenue, kami turun semula ke GPO untuk menyelesaikan misi kami dan menyiapkan diri untuk task bergambar kumpulan yang versatile.

Dan inilah hasilnya..amacam sesuai tak dengan nama dan gaya kumpulan Fort Rangers?


Misi kami selesai jam 1 petang dan kami pulang ke Hotel untuk sesi petang iaitu indoor games

bersambung...





Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG