KEMBALI KE RUTIN ASAL

 26 Ogos 2019

Hari isnin yang membuatkan aku cukup bersedia..

Seminggu meninggalkan pejabat, dan hari ini kembali ke pejabat dengan keadaan yang tenang sambil mengambil nafas kerja semula. Macam biasa jam 8.00 pagi sudah sampai dipejabat. Sudah difikirkan dan bersedia bagaimana untuk menyusun waktu dan strategi agar tenang hari ini. Seminggu ketiadaanku dipejabat kerana terlibat dengan Konvensyen KIK Universiti Awam dan terus disambung dengan Kem Pemantapan Ibadah secara tidak langsung masih terngiang-ngiang cerita dan peristiwa yang berlaku sepanjang minggu lalu. Bak kata pepatah hipster sekarang, cannot move on la kan..haha

Ok diteruskan dengan rutin harian seperti biasa dan masih lagi tempoh menanggung rakan sekerja yang masih dalam tempoh bersalin. Seperti biasa masa berlalu dan sampai la tiba waktu makan tengahari. Sudah merindui masakan di Pahang setelah hampir seminggu dinegeri orang katakan, maka tempah sahajalah di dapur mek kelate yang menyediakan masakan panas. Makanan favourite yang biasa aku tempah ialah megi tomyam. Tapi kali ini berbeza sedikit, aku order megi tomyam daging pecah telur. Memang tidak boleh lawan dan tiada tandingannya. Hanya gambar ini sahaja yang boleh mengungkap kenikmatan tomyam mek kelate.


Selepas makan tengahari, diteruskan dengam rutin kerja dan dalam masa yang sama ahli kumpulan KIK merancang untuk mengadakan potluck pada hari esok. Makanya, perancangan singkat yang dibuat terus menjadi dan tempahan makanan untuk hari esok dibuat terus. Tiada banyak pilihan tempah sahajalah di dapur mek kelate untuk esok.

Masa berlalu dan jam menunjukkan jam 5petang, maka bersiap sedia untuk pulang dan bersedia untuk potluck esok.


Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG