HIKING BUKIT PELINDUNG

Selamat pagi ahad...

Jarang berada di Kuantan pada hujung minggu kerana kebiasaannya berada di UKM setiap minggu untuk menghadiri kuliah. Disebabkan hari ahad kelas dibatalkan, makanya hajat pulang untuk pulang ke Kuantan pada hari sabtu sejurus kelas tamat, dan dapatlah membuat perancangan bagi rutin yang sudah lama ditinggalkan iaitu hiking bukit pelindung.

Perancangan minit terakhir dirancang bersama kak Iza yang secara kebiasaannya mendaki bukit bersama beliau. Pada jam 7.30 pagi kami sampai dikaki bukit pelindung yang mana kesukaran pagi ini adalah untuk mencari parkir kereta. Pusing punya pusing berusaha untuk mendapatkan parkir yang paling selamat dan yang paling dekat dengan kaki bukit.






Pendakian bermula jam 7.45 pagi bersama rakan pejabat seramai 4 orang dan pendakian mengambil masa lebih kurang 50 minit untuk sampai ke puncak. Jika sudah biasa mendaki, masa mendaki boleh mencecah dalam 40 minit sahaja. Jarak kaki bukit ke puncak lebih kurang 2.5 kilometer dengan kecerunan dalam 10-30%. Mencungap-cungap itu pasti kerana sudah lama tidak mendaki jadinya momentum untuk mendaki pastinya sudah terkubur.




Perjalanan diteruskan ke puncak dengan melalui denai-denai dan trek. Sungguh hijau pemandangan mata dan akhirnya kami sampai ke puncak dengan keadaan masa yang dijangka selama 48 minit. Di puncak kami mengambil nafas sebentar dalam 10 minit dan perjalanan untuk turun ke kaki bukut diteruskan. Perjalanan turun tidak mengambila masa yang lama lebih kurang 30 minit. Kami sampai di kaki bukit lebih kurang jam 9.30 pagi dan kami merancang untuk makan pagi bersama untuk menikmati nasi kerabu kemira yang paling sedap di bandar Kuantan.

Setelah menikmati makan pagi, masing-masing pulang untuk menyambung rutin di rumah pula. Perancangan kami untuk hiking Bukit Panorama di Sungai Lembing lain masa untuk menikmati keindahan matahari naik di pagi hari. Inshaallah segala perancangan akan terlaksana.

Comments

Popular posts from this blog

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG