MASA UNTUK PULANG

25 Ogos 2019

Hari terakhir di Genting Highland hari ini.

Seperti biasa, subuh berjemaah dan tazkirah subuh diimamkan oleh PU mizi. Sesi tazkirah berakhir jam 7.00 pagi dan para peserta terus menikmati sarapan pagi sebelum bermulanya sesi terakhir iaitu sesi ceramah daripada PU mizi.

Sesi ceramah bertajuk bicara hati bermula jam 8.30 pagi sehingga 10.30 pagi. PU mizi mengupas tajuk dengan caranya tersendiri diselitkan dengan unsur2 lawak jenaka daripadanya.


Sesi 2 jam penuh dengan isi dan pesanan dari PU mizi. Banyak yang di pesan dari beliau mengenai tanggungjawab dan amanah dari Allah. Sempat saya menyalin beberapa pesanan daripada beliau.


Antaranya tanda hati mati :
1) Berani meninggalkan solat
2) Sentiasa tenang walaupun berbuat dosa
3) Jauh dari Al-Quran
4) Hadis ditinggalkan
5) Mencari salah orang dan buruk sangka
6) Tidak suka mendengat nasihat
7) Tidak takut mati dan azab kubur.

Pengisian yang cukup bermanfaat daripada beliau. Penyampaiannya yang cukup berkesan dan terkesan pada diri.

Sesi ceramah berakhir pada jam 10.30 pagi dan ada masa terluang sebelum check out, saya sempat naik ke GPO semula untuk menyambung sesi cuci mata.



Masa yang terhad hany sempat ke Brand Outlet dan sempat la merasa aiskrim Godiva yang pertama kali saya merasanya.

Pada jam 12.00 tengahari, kami turun ke hotel untuk check out dan pulang ke Kuantan.


Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019