KEM PEMANTAPAN IBADAH DAN TWC

23 Ogos 2019


Hari jumaat mulia dimulakan dengan breakfast di Hotel Seri Malaysia. Selepas breakfast, kami selaku JK Kem Ibadah dan TWC bersedia untuk menerima kehadiran para peserta kem hari ini. Memandangkan sesi  pendaftaran pada jam 12.00 tengahari, kami selaku JK ingin memastikan segala persediaan kem sudah tersusun rapi dari segi hadiah dan keperluan fasiliti kem.  
Rombongan dari UMP merangkumi sebuah bas dan sebuah van serta staf-staf yang berkeluarga  membawa kenderaan sendiri dijangka tiba pada jam 12.00 tengahari. Pada sesi pendaftaran,  peserta akan menginap 2malam serta menerima sehelai tshirt kem bagi keperluan TWC. Tepat jam 12.00 tengahari, para peserta tiba dan sesi pendaftaran berjalan lancar. Sesi pendaftaran selesai dan aktiviti pertama akan dimulakan pada jam 7.30pm bagi menyempurnakan solat maghrib berjemaah dan sesi tazkirah. Selesai sesi tazkirah, pada malamnya akan diadakan forum bersama 2 orang panel ustaz iaitu ustaz fariq dan ustaz hilmi.
Selesai sesi forum, para peserta menikmati  sedikit jamuan ringan. Selesai jamuan ringan, para peserta pulang ke bilik penginapan untuk rehat dan tidur dan aktiviti qiamullai akan diadakan pada jam 4.15 pagi keesokan harinya.

24 Ogos 2019

Pada jam 4.15 qiamullai dipimpin oleh ustaz fariq. Aktiviti kem ibadah yang menjadi aktiviti sekali dalam setahun sudah menjadi aktiviti setiap tahun bagi Jabatan Bendahari, UMP. Qiamullai selesai pada jam 5.30 pagi dan aktiviti seterusnya solat subuh dan kuliah subuh. Aktiviti pada sesi pagi ini dimulakan dengan aktiviti kumpulan dengan task menarik dengan menaiki kereta kabel Genting Highland.



Kami berkumpul di lobi hotel dan menaiki bas ke GPO. Dan dari GPO kami diberi task dari konsultan untuk menjawab soalan. Task yang diberikan merangkumi soalan yang perlu dilengkapkan di GPO dan separuh lagi perlu diselesaikan di Sky Avenue. Setiap kumpulan dibekalkan dengan wang berjumlah RM400 untuk tambang kumpulan dan aktiviti. Kumpulan kami merancang untuk bergabung bersama-sama menjawab soalan di GPO dan di Sky Avenue. Perjalanan kami dimulakan dengan membeli tiket kereta kabel dikaunter. Kami membeli tiket bagi gondola biasa yang boleh memuatkan seramai 10 orang dan gondola kaca yang boleh memuatkan seramai 6 orang sahaja.



bersambung....

Comments

Popular posts from this blog

HIKING BUKIT PELINDUNG

DEBARAN KIK UNIVERSITI AWAM 2019

MASA UNTUK PULANG